Motivasi Kerja
Oleh : Dr Zainal Abidin
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. datang berkerja tapi hampeh, hasilnya macam kita tak datang kerja.
2. Ada kala kita rasa kita busy giler , rupanya kita hanya kelam kabut.
3. Adakala kita rasa kita perihatin , tapi rupanya kita busy body.
4. Adakala kita rasa kita open minded and outspoken tapi rupanya kita kurang pengajaran.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran kreaktif rupanya kita hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupanya kita di lihat lebih mengada.
7. Adakala kita suka bertanya kenapa dia ni macam takde keje , adalah lebih baik kita tanya , Apa lagi keje yang aku boleh buat ..
" Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik "
Memberi Penghargaan
Buat Diri Sendiri
Ada satu cara untuk membangkitkan motivasi kerja dalam diri Anda.
Apa dia? Memberi penghargaan buat diri sendiri.
Bila Anda berjaya menyelesaikan satu tugasan kerja dengan cukup hebat dan bagus sekali bahkan dipuji, itulah masa yang sesuai untuk Anda memberi penghargaan buat diri sendiri. Ambil masa seketika untuk melakukan hal ini.
Luangkan masa 1 minit atau 5 minit untuk memberi penghargaan buat diri Anda. Lakukan dengan membisikkan kata-kata di dalam hati khusus untuk diri anda. Misalnya:
“syabas, kau dah dapat selesaikan kerja yang bagus hari ini”. (kata-kata ditujukan buat diri sendiri)Saya panggil" Conget ekor Sendiri",Perasaan Sorang-sorang.
“good job!” (sambil tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri)
“wow! aku dapat buat kerja tadi tu ngan cukup baik!”. (kata-kata penghargaan buat diri sendiri)
“syabas! bagus kerja tadi. Aku rasa aku boleh buat dengan bagus lagi di lain kali”.
Penghargaan-penghargaan yang kecil sebegini memberi impak yang amat besar, terutama pada tahap motivasi Anda di tempat kerja.
Anda akan bersemangat melakukan kerja, bahkan merasa yakin Anda dapat melaksanakan apa saja tugasan kerja dengan cukup bagus sebab Anda dah merasai kehebatan Anda melaksanakan tugasan di masa lalu.
Minda kita ni bila kita dah melalui sesuatu, akan membuat kita merasa yakin untuk melakukan hal yang sama di lain kali, apatah lagi bila mendapat pujian dari kengkawan atau bos kita.
Kita akan bertambah-tambah yakin jadinya.
Tips Untuk Minat Pada Kerja
Masalah sesetengah orang adalah, mereka mendapat kerja yang mereka tak minat, langsung tak minat bahkan membuat mereka merasa kurang bersemangat sebab tak minat.
Masalah ni banyak berlaku terutama dalam diri fresh graduate yang baru saja masuk ke alam pekerjaan dan bagi orang yang baru berpindah kerja. Jika Anda mendapat kerja yang berlainan dari minat Anda dan Anda mahu tahu cara untuk membuat Anda minat pada kerja yang langsung Anda tak minat, berikut adalah tips motivasi untuk anda. Kaji kerja tu, cari kebaikan-kebaikan yang ada di dalamnya.
Selidiki tugasan yang diberikan dengan rasa ingin tahu. Lama-kelamaan perasaan ingin tahu tu bertukar menjadi keseronokan mendalam yang amat mengasyikkan.
Tiap kali Anda melaksanakan tugasan kerja, Anda tidak akan rasa terbeban tapi rasa seronok sebab Anda mahu tahu perkara baru yang Anda akan jumpa nanti. Tiap kali bekerja, elak memikir kesusahan melaksanakan kerja.
Kaji, cari perkara-perkara baru yang Anda masih belum tahu kemudian perbaiki pengetahuan yang ada sudah pelajari dari rakan-rakan sekerja, bos, ketua mahupun dari ketua jabatan Anda.
Elak terlalu cepat berpuas hati dengan ilmu serta kemahiran kerja yang sedia ada. Elak merasa diri sudah pandai. Belajar dan latih diri menggali perkara-perkara baru mengenai jawatan Anda, tak kiralah apapun ia.
Jika Anda terus menerus melakukan hal ni, motivasi kerja Anda akan timbul secara automatik, tak perlu dicari-cari lagi. Ada orang jadi minat pada kerja yang dia langsung tak minat sebab dia di cabar oleh orang lain. Bukan setakat dicabar bahkan dihina, dicaci maki bahkan disumpat seranah.
Kemarahan yang terbit akibat dari dicaci, dihina tu bertukar menjadi motivasi yang amat kuat. Motivasi kerja camni memang power sebab kita desak diri kita bekerja kuat untuk membuktikan yang kita ni mampu untuk mencapai sesuatu pencapaian hebat.
Andai kata Anda rasa motivasi jenis gini sesuai buat diri Anda, teruskan. Saya panggil motivasi jenis camni sebagai ‘kemarahan positif‘. Kita melempiaskan kemarahan pada perbuatan positif, iaitu dengan berusaha keras membuktikan sesuatu.
Kita akan kerap berjumpa dengan orang-orang yang dengki pada kita atau memandang rendah pada keupayaan kita walaupun kita langsung tak kacau hidup dia. Orang camni kita tak boleh elak, ada kat mana-mana.
Andai Anda sedang melalui situasi yang sama dan Anda merasa tertekan sebab orang lain pandang rendah pada Anda kemudian Anda tertekan sebab Anda tak minat kerja Anda sekarang ni, tukar rasa ‘marah’ pada orang tu menjadi pendorong untuk Anda membuktikan padanya yang Anda ni pekerja rajin,bijak, produktif.
Buktikan yang Anda mampu capai apa yang orang sebelum ni tak pernah capai. Buktikan Anda boleh buat perkara yang sebelum ni orang lain langsung tak pernah buat.
Bila Anda sudah berjaya membuktikan sesuatu, Anda sudah berjaya mencapai sesuatu, orang-orang sekeliling yang memandang rendah pada Anda akan jadi ‘diam’.
Ada juga yang akan terus bising, bercakap-cakap di belakang Anda. Hakikatnya, orang jenis begitu takkan pernah mencapai apa-apa kemajuan. Biarkan saja mereka. Yang penting Anda.
Anda mesti teruskan usaha mencemerlangkan diri dalam kerjaya Anda sekarang ni. Bila Anda sudah menemui faktor pendorong seperti yang saya katakan tadi, Anda akan merasa bersemangat untuk bekerja.
Bila sudah bersemangat bekerja, segala cabaran, permasalahan, dugaan dan tekanan Anda dapat lalui dengan jayanya.Jangan kisahkan omong-omongan kosong rakan yang melemahkan semangat.Jauhi orang2 yang macam ni.
Motivasi : Untuk Minat Pada Kerja
Masalah sesetengah orang adalah, mereka mendapat kerja yang mereka tak minat, langsung tak minat bahkan membuat mereka merasa kurang bersemangat sebab tak minat.
Masalah ni banyak berlaku terutama dalam diri fresh graduate yang baru saja masuk ke alam pekerjaan dan bagi orang yang baru berpindah kerja. Jika Anda mendapat kerja yang berlainan dari minat Anda dan Anda mahu tahu cara untuk membuat Anda minat pada kerja yang langsung Anda tak minat, berikut adalah tips motivasi untuk anda.
Kaji kerja tu, cari kebaikan-kebaikan yang ada di dalamnya.
Selidiki tugasan yang diberikan dengan rasa ingin tahu. Lama-kelamaan perasaan ingin tahu tu bertukar menjadi keseronokan mendalam yang amat mengasyikkan.
Tiap kali Anda melaksanakan tugasan kerja, Anda tidak akan rasa terbeban tapi rasa seronok sebab Anda mahu tahu perkara baru yang Anda akan jumpa nanti. Tiap kali bekerja, elak memikir kesusahan melaksanakan kerja.
Kaji, cari perkara-perkara baru yang Anda masih belum tahu kemudian perbaiki pengetahuan yang ada sudah pelajari dari rakan-rakan sekerja, bos, ketua mahupun dari ketua jabatan Anda.
Elak terlalu cepat berpuas hati dengan ilmu serta kemahiran kerja yang sedia ada. Elak merasa diri sudah pandai. Belajar dan latih diri menggali perkara-perkara baru mengenai jawatan Anda, tak kiralah apapun ia.
Jika Anda terus menerus melakukan hal ni, motivasi kerja Anda akan timbul secara automatik, tak perlu dicari-cari lagi.
Ada orang jadi minat pada kerja yang dia langsung tak minat sebab dia di cabar oleh orang lain.
Bukan setakat dicabar bahkan dihina, dicaci maki bahkan disumpat seranah.
Kemarahan yang terbit akibat dari dicaci, dihina tu bertukar menjadi motivasi yang amat kuat. Motivasi kerja camni memang power sebab kita desak diri kita bekerja kuat untuk membuktikan yang kita ni mampu untuk mencapai sesuatu pencapaian hebat.
Andai kata Anda rasa motivasi jenis gini sesuai buat diri Anda, teruskan. Saya panggil motivasi jenis camni sebagai ‘kemarahan positif‘. Kita melempiaskan kemarahan pada perbuatan positif, iaitu dengan berusaha keras membuktikan sesuatu.
Kita akan kerap berjumpa dengan orang-orang yang dengki pada kita atau memandang rendah pada keupayaan kita walaupun kita langsung tak kacau hidup dia. Orang camni kita tak boleh elak, ada kat mana-mana.
Andai Anda sedang melalui situasi yang sama dan Anda merasa tertekan sebab orang lain pandang rendah pada Anda kemudian Anda tertekan sebab Anda tak minat kerja Anda sekarang ni, tukar rasa ‘marah’ pada orang tu menjadi pendorong untuk Anda membuktikan padanya yang Anda ni pekerja rajin,bijak, produktif.
Buktikan yang Anda mampu capai apa yang orang sebelum ni
tak pernah capai.
tak pernah capai.
Buktikan Anda boleh buat perkara yang sebelum ni orang lain
langsung tak pernah buat.
langsung tak pernah buat.
Bila Anda sudah berjaya membuktikan sesuatu, Anda sudah berjaya mencapai sesuatu, orang-orang sekeliling yang memandang rendah pada Anda akan jadi ‘diam’.
Ada juga yang akan terus bising, bercakap-cakap di belakang Anda. Hakikatnya, orang jenis begitu takkan pernah mencapai
apa-apa kemajuan.
apa-apa kemajuan.
Biarkan saja mereka. Yang penting Anda.
Anda mesti teruskan usaha mencemerlangkan diri dalam kerjaya Anda sekarang ni. Bila Anda sudah menemui faktor pendorong seperti yang saya katakan tadi, Anda akan merasa bersemangat untuk bekerja.
Bila sudah bersemangat bekerja, segala cabaran, permasalahan, dugaan dan tekanan Anda dapat lalui dengan jayanya.Jangan kisahkan omong-omongan kosong rakan yang melemahkan semangat.
Jauhi orang2 yang macam ni.
Jauhi orang2 yang macam ni.
Sedia Menerima Arahan" Yes Boss"
Salah satu faktor penentu motivasi kerja ialah kesediaan kita menerima arahan, terutama dari boss yang lebih muda umurnya daripada kita.
Dalam sektor kerajaan, kita akan dipandang dari jawatan kita dan senioriti, kita kurang dipandang dari segi kemahiran.
Dalam sektor swasta, kita akan lebih dipandang jika kita memiliki banyak kemahiran daripada orang lain di dalam organisasi.
Teori ini tak semestinya sama dalam semua tempat kerja sektor swasta tapi dalam Penilitian, kebanyakannya begitu, terutama organisasi di dominasi bangsa Cina.
Motivasi bekerja akan lebih ampuh apabila kita bersedia menerima arahan, memproses arahan itu di fikiran, merangka strategi, menyediakan bajet ,masa kemudian bertindak melaksanakan arahan.
Kita perlu bijak menangani arahan-arahan dari bos kita terutama apabila kita menerima lebih daripada satu arahan dalam satu masa.
Usah pentingkan ego kita, pentingkan sumbangan kita pada organisasi tempat kita bekerja mencari rezeki.
Faktor Umur bukan penentu pengalaman kita lebih dari orang lain,ada orang yang lebih muda mempunyai pengalaman yang lebih banyak dan kemahiran yang lebih tinggi,jangan selalu pakai petua orang Tua-tua
"aku lebih dulu makan garam"....
Turunkan ego kita,hormati satu sama lain,jauhi sifat dengki..... insyallah organisasi kita akan kuat,
kerja akan jadi lebih mudah.
Ikhlas Untuk Bekerja
akhirnya kita akan dibayar lebih daripada yang kita kerjakan”
Cuba ingat balik hukum sebab dan akibat.
Lebih banyak kita beri, lebih banyak kita akan dapat semula sebagai pulangan.
Apabila kita melakukan sesuatu lebih dari tahap yang diharapkan, lebih dari yang orang sangkakan, maka kita akan menerima ganjaran lebih banyak dari yang sepatutnya kita dapat di masa akan datang.
Syaratnya, berilah tanpa pernah mengharap untuk dibalas (sedikitpun!).
Berbuat baiklah tanpa pernah mengharap balasan, sekadar hanya mahu banyakkan memberi – memberi pertolongan, memberi idea, memberi buah fikiran, memberi sedikit kewangan, memberi sumbangan tenaga, memberi ilmu.
Apabila kita mengerjakan sesuatu tugasan lebih dari jumlah gaji yang dibayar pada kita, satu masa nanti pasti kita akan menerima pulangan lebih banyak dari gaji asal yang sepatutnya kita terima.
Janji, lebihkan memberi, lupakan menerima, cuma fokuskan usaha pada memberi.
Kata-kata motivasi kali ini ngam di aplikasikan sebagai motivasi kerja.
Bila Kita ikhlas,maka tiadalah tekanan dalam kerja kita.
minda sihat,pahala pun dapat.
Fikiran mempengaruhi kejayaan dan kegembiraan
Adakah Anda gembira dengan diri Anda sendiri dan gembira dengan apa yang Anda buat, atau Anda tertekan?
Segala apa yang berlaku disekeliling Anda sebenarnya kesan dari pengaruh fikiran Anda, sama ada happy atau tidak dengan diri Anda dan apa yang Anda sedang lakukan.
Apabila Anda kurang happy dengan kerja Anda, kesannya setiap hari pada waktu kerja ada saja perkara yang membuat Anda tambah tidak happy (tidak gembira), ada saja benda yang tak kena, ada saja perkara yang menyakitkan hati Anda. By the end of the day, Anda merasa cukup tertekan!
Apabila Anda happy dengan kerjaya Anda, kerja Anda buat main-main (tapi siap juga), Anda selalu ‘make fun of things’, Anda happy go lucky dan tenang walaupun suasana cukup sibuk, Anda akan perasan suasana kerja Anda lancar saja, jarang timbul masalah, jarang berlaku perkara tidak disangka, semuanya relaks saja. Situasi itu terjadi kesan daripada fikiran Anda yang happy (gembira, tidak tertekan, tidak merasa tertekan).
Apa yang saya nukilkan ni digarap dari pengalaman sebenar saya dan kawan-kawan di Federal Resave Unit,...
semoga perkongsian pengalaman ni berguna untuk Anda.
Petuanya, tertekan camanapun, sibuk camanapun cari cara camana untuk Anda ‘make fun out of it’, cari cara macamana untuk riangkan hati dan perlu berlakon, cari cara untuk Anda ketawa ..
(tanpa perlu ketawa sebab menyembunyikan duka).
Bunyinya agak kebudak-budakan sedikit,
tapi percayalah trik ini berkesan.
Always make fun to have fun, jadi stress pun gone!
Sebab tu saya belum pindah tempat kerja....:
RAHSIA ANAK PINTAR
BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.
Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.
Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai lagi yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”
Dr Zaienal Abidin – Pakar motivasi
“Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.
“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.
Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.
“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.
Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.
“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.
Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Dr Zaienal Abidin, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.
“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.
Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.
Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.
“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.
Dr Zaienal Abidin berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.
“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.
Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.
“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.
“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.
Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.
“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.
‘Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam’
IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.
Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.
Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.
“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.
Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.
Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.
“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.
Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.
“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.
“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.
“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.
Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.
INFO: Tip untuk ibu bapa
- Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
- Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
- Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
- Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
- Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
35 Petua Pelajar Cemerlang
Oleh : Dr Zaienal Abidin
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o kita ingat 10 % apayang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan
dan sebagainya….
dan sebagainya….
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi
guru.
guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-
angan kosong, bertangguh & malas.
angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas
sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum
menghadapi peperiksaan.
sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum
menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit
mengulangkaji.
mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri
(study accordin to your biological clock).
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai
untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur,
selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir
selepas riadah dan selepas berdoa.
(study accordin to your biological clock).
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai
untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur,
selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir
selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas
selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran
terpenting sebelum peperiksaan.
terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
o duduk tegak dikerusi yang selesa
o baca doa penerang hati
o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o fikir dan ingat kembali isi utama
o catat/lakar
o semak semula ketepatan maklumat
o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o buat rumusan
o jawab soalan
o tampal maklumat yang rumit di dinding
o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas
belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan
dan sebagainya.
belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan
dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
o jangan makan kepala ikan
o jangan makan organ dalaman
o jangan minum semasa makan
o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o jangan melihat kemaluan
o jangan melihat buih
o jangan membaca nama pada batu nisan
o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
o banyakkan makan kismis, kurma dan madu
o banyakkan makan kekacang
o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o jangan makan sehingga terlalu kenyang
o jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
o tampal nota-nota penting di dinding
o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
o gunakan kaedah akronim
o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
o mempunyai jadual belajar
o patuh kepada jadual
o buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak
menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk
belajar.
menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk
belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui.
Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan
dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan
dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai
contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk
belajar.
contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk
belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji
atau mencuri masa.
atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Tanya guru apabila tidak faham
Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak,
menggariskan isi penting dan sebagainya.
menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
o taat kepada Allah
o mendirikan sembahyang
o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o hormati & sayangi guru
o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o membantu rakan yang memerlukan
o berdoa dan bersyukur kepada Allah
o sentiasa bertawakal
o mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat .....
Restu Ayah dan Ibu
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh celaka, sungguh celaka, sungguh celaka !” Seseorang bertanya, “Siapa yang celaka, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw. menjawab, “Barangsiapa yang sempat bertemu dengan kedua orang tuanya, tetapi dia tidak bisa masuk surga (karena tidak berbakti kepada mereka).”
Siapa kita sebenar nya ?
“ VALENTINE ” adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari jatuhnya Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan/ isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' karena pada nya Islam adalah ZALIM ! Tumbangnya Kerajaan Islam Spanyol dirayakan sebagai hari Valentine ... Say No to valentine !!