Rahsia Asmara Cinta Amoi ...
Apabila Allahyarham Usamah Bin Ladin dibunuh pada 02 Mei
2011, jenazah Allahyarham terus dibawa pergi dan dibuang ke laut. Allahyarham
yang tidak bersenjata ditembak tepat dikepala dihadapan anak isterinya.
Jenazah Allahyarham langsung tidak dibenarkan dilihat oleh
ahli keluarga. Malah gambar-gambar serta rekod pembunuhan Allahyarham dihalang
daripada disiarkan kepada awam oleh Mahkamah Agong Amerika Syarikat (sila baca
naratif dibawah mengenai peristiwa pembunuhan Allahyarham Usamah Bin Ladin dan
pembuangan jenazah Allahyarham di laut yang dirahsiakan lokasinya).
Apa tujuan saya menulis mukaddimah ini sebelum mengupas
mengenai kematian Chin Peng?
Kerana ada suara-suara sumbang yang kononnya pejuang hak
asasi kemanusiaan dan demokrasi ala-barat yang mengutuk Malaysia kerana enggan
membenarkan mayat Chin Peng, kepala teroris dan pengganas komunis yang mati di
Bangkok semalam. Beliau mati bukan ditembak, bukan kerana berperang, tetapi
kerana penyakit diwaktu berumur 90 tahun.
Kata Perdana Menteri Dato' Sri Najib, Malaysia tidak akan
membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik dan dikebumikan di Malaysia. Malah
abunya juga dilarang!
Saya ucapkan tahniah atas ketegasan Perdana Menteri! Malah
saya ingin menambah, bukan sahaja mayat atau abu, sehelai bulu roma Chin Peng
pun jangan dibenarkan dibawa balik dan ditanam di mana-mana bahagian di bumi
Malaysia.
Jangan biarkan bumi negara ini dicemar dengan mayat atau
mana-mana bahagian mayat Chin Peng ditanam didalamnya!
Chin Peng, atau nama betulnya Ong Boon Hua adalah seorang
cauvinis anasir subversif komunis bersifat teroris. Nama Chin Peng sinonim
dengan anasir subversif bersenjata komunis di Tanah Melayu untuk menumbangkan
Kerajaan yang sah pilihan rakyat dan digantikan dengan kerajaan komunis.
Ringkasnya, tangan Chin Peng penuh berlumuran dengan darah
rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum. Melayu, Cina, India dan ramai
lagi menjadi mangsa kekejaman gerombolan anasir subversif komunis pimpinan Chin
Peng.
Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara
dibunuh kejam pada 07 Jun 1974 dengan tembakan bertalu-talu disimpang Jalan Tun
Perak (dahulu Jalan Mountbatten) berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala
Lumpur.
Datuk Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak dibunuh kejam pada
03 Jun 1976 juga dengan tembakan bertalu semasa berada dalam kenderaan rasmi
polis di persimpangan lampu isyarat Anderson School Ipoh, Jalan Ashby berdekatan
Fairpark. Kebetulan pada masa itu saya bersekolah di Anderson School.
Ribuan anggota keselamatan polis dan tentera yang cedera
atau terkorban angkara gerombolan komunis pimpinan Chin Peng.
Pada masa komunis bermaharajalela mengangkat senjata membunuh
rakyat dan anggota keselamatan sekitar tahuan 1970an saya tinggal di berek
Pengkalan FRU 5, Sg. Senam, Ipoh, Perak.
Saya melihat sendiri kekejaman komunis ini bilamana beberapa
anggota FRU 5 turut menjadi mangsa dalam satu serangan hendap di Simpang Pulai.
Saban hari saya akan melihat helikopter Nuri mendarat di kem
tentera bersebelahan pengkalan FRU 5 membawa pulang anggota keselamatan yang
terbunuh atau cedera setelah bertempur di perbatasan menentang komunis
bersenjata ini.
Kematian Chin Peng walaupun menutup episod kekejaman beliau,
namun lukanya tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Rakyat Malaysia tidak boleh memaafkan kekejaman beliau.
Walaupun pepatah ada menyebut "masa adalah pengubat
duka", namun kekejaman gerombolan subversif komunis pimpinan Chin Peng ini
adalah diluar batas kemanusiaan.
Sepanjang pengetahuan saya, Chin Peng tidak pernah memohon
maaf kepada rakyat Malaysia dan mangsa kekejaman dan kezaliman beliau dan
anasir subversif komunis pimpinan beliau.
Malah beliau siap menulis buku lagi konon mengkisahkan
perjuangan beliau konon untuk memerdekakan negara ini.
Kita jangan terpedaya dengan mainan politik segelintir
mereka yang kini mendakwa konon Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan.
Persoalannya mudah, mengapa beliau masih mengetuai gerombolan subversif komunis
mengangkat senjata menentang negara walaupun setelah Malaysia merdeka?
Mengapa beliau masih enggan meletakkan senjata dan berdamai
walaupun peluang terbuka setelah Rundingan Damai Baling 28-29 Disember 1955 di
Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling?
Mengapa beliau tidak memilih untuk berdamai dan hidup di
Malaysia setelah Perjanjian Damai Haadyai diantara Malaysia dan Parti Komunis
Malaya pada 02 Dis 1989; bilamana semua anasir subversif komunis Tanah Melayu
diberi peluang untuk balik hidup di Malaysia dengan aman damai sekiranya mereka
berbuat sedemikian sebelum 02 Dis 1990. Chin Peng tidak mengambil peluang itu!
Malah, langsung tidak pernah ada gambaran kekesalan atau
kesedihan atas kekejaman dan kezaliman yang beliau mahupun anasir subversif
komunis pimpinan beliau lakukan selama ini kepada rakyat dan negara bertuah
ini!
Sebab itu jangan kata mayat, sehelai bulu daripada tubuh
Chin Peng pun tidak layak duduk mendiami bumi Malaysia ini!
Membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik, ataupun abu nya
sekalipun, adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha mayat mendiang
bersemadi dibumi bertuah ini!
Lagipun, tiada rekod menunjukkan Chin Peng pernah menjadi
warganegara Malaysia.
Dan kalau pun benar beliau kelahiran Tanah Melayu, sikap dan
tindakan beliau yang bukan sahaja mengetuai gerombolan anasir subversif komunis
bersenjata cuba menghancurkan negara, malah melarikan diri ke negara China dan
kemudiannya Thailand membuktikan beliau tidak layak ditanam di Malaysia!
Kepada Kerajaan Malaysia, kami rakyat Malaysia yang cintakan
negara menuntut supaya Kerajaan jangan tunduk kepada tekanan dan lalakan kaum
cauvinis, ekstremis dan pelampau demokrasi yang mahukan mayat Chin Peng ditanam
di Malaysia, ataupun abunya dibawa balik ke Malaysia!.
Kami rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha bumi bertuah
Malaysia ini dicemari dengan mayat atau abu atau sehelai bulu pun daripada
pengganas subversif dan teroris komunis bernama Chin Peng ini.
Ringkasnya, mayat Chin Peng tidak wajar sama sekali dibawa
balik untuk ditanam di bumi Malaysia ini samada dalam bentuk jasad, abu mahupun
sehelai bulu sekalipun kerana:
1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan
rakyat Malaysia yang dibunuh kejam oleh
gerombolan subversif pimpinan Chin Peng;
2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu
dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis
pimpinan Chin Peng;
3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon
cerita beliau lahir di Sitiawan, Perak;
4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah
terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan
pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis;
5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai
Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat
sedemikian;
6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada
rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah
tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu;
7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara
China dan kemudiannya di Thailand.
Malaysia bukan, dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng
ini;
8. Sedangkan jenazah
Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri
asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini.
No comments:
Post a Comment