Warkah – warkah terakhir ,..
Aku ada abg..Dah lama
berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yang kat kampong.. satu pon tak
berbalas..
Dua Tahun lepas.. Aku
menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi tak jumpa dia.. Sepanjang
perkahwinan aku..Aku tak tenang..
Cuti sekolah yang
lepas.. Aku ajak suami aku balik kampong.. Aku nak bersihkan rumah pusaka makl
dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu.. Aku tersapu surat yang aku
kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..
“Khas buat abangku,
Mak ngan ayah
meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden
sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite,
sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu
bekas kaca yang aku pecahkan..tibe2 banyak air keluar.. Tapi ko cepat2 lap
lantai umah kite.. Tapi aku tak amik kisah pon sal hal tu..
Sebelum pegi, diorang
cium kita berdua. Diorang cakap
“ Abg, ko jaga adik.
Jangan bagi nangis. Kalo mak dah takde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak
ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko ingat tak..
Sebelum diorang pegi
beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru,
sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite,
Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko tak penah ucap bufday kat aku lagi..
Sampai sekarang..
Abg, ko ingat tak..
Kita hidup 2 orang je
lepas tu, ko tak sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku tak tau..Tapi malam malam
baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi
ko tak makan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko tak penah ucap
terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat tak..
Pernah sekali aku
mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Dua riggit
dalam poket jeans ko.. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku
darah. Tapi ko tak pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,..nasib baik luka tu
dah elok..
Abg, ko ingat tak..
Semasa umur aku 18
tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..
Tapi sampai sekarang ko tak datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan
bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg..??
Sekarang umur aku dah
mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting
orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa
kau diam je? Kenapa ko tak cakap apa-apa..? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat
ni..Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yang sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
Aku mula terasa yg
teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka balik
almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar
jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..
Dan tiba-tiba aku
terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang
jauh di mata ..
Maafkan abg kerana
tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya
sayang..
Aku masih ingat detik
kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau
salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu…?? Mesti kau tidak
perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan
mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual
ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka
warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan
ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah
campakkan pengikat rambaut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku
letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau
bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon
sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak
sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa
aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni-guni
untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah
engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa
itu,.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji.. Aku harus
sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu.. Aku tidak pulang
siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yang kelihatan
seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
siapa cakap yg aku
tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku
perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya
jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak
kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
aku malu untuk
ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan
makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika
aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima
kasihku untukmu adalah ntuk semua yang kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana
aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah
berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi
pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian
itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya
perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku
berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku
keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu
turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan
Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau
bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana
terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku
jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat
pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh
semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi
barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yang berat,
serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu.. Patutlah aku selalu batuk batuk,
sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat dihospital
walaupon doktor menjangkakan aku tak kan bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni
di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau
pulang ke rumah kita.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku
belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak
dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau
membaca surat ini..Aku sudah pon tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada
beberapa perkara yang ingin aku katakan….
TERIMA KASIH..,
Untuk menyapu rumah kita
ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu,
TERIMA KASIH..,
Untuk mengelap setiap
barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman,
TERIMA KASIH..,
Untuk membasuh
pakaianku yg busuk dengan peluh ku,
TERIMA KASIH..,
Untuk melemparkan
senyuman dan salaman ketika aku pulang dari kerja,
TERIMA KASIH..,
Untuk memasak lauk
kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka,
TERIMA KASIH..,
Untuk mengingatiku
dan menulis surat yg tidak bisa aku balas,
TERIMA KASIH..,
Untuk menjadi adik
yang sangat aku sayangi,
TERIMA KASIH..,
Untuk segalanya yang
kita tempuhi, suka mahupon duka,….
Adikku sayang..
Sekiranya engkau
disunting seseorang.. Biarkan Pak Long kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin
sudah tiada..
Bahagiakanlah
dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam
- dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka
itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu
persatu hadiah yang dikatakan..
Semuanya berwarna
pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yang sangat indah..Ya
Allah… Aku meraung sambil menatap hadiah itu….
Ya Allah.. Dimanakah
dapat ku cari insan semulia Abangku…
No comments:
Post a Comment