TANDA MENGHAMPIRI
MATI
Adapun tanda-tanda
kematian mengikut ulamak adalah
benar dan ujud cuma
amalan dan ketakwaan kita sahaja
yang akan dapat
membezakan kepekaan kita kepada
tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih
mampu memperlihat dan
menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara
lansung akan kesukaran menghadapi
sakaratul maut dari
awal hinggalah akhirnya hayat
Baginda.
Imam Ghazali
rahimahullah diriwayatkan memperolehi
tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan
dirinya untuk
menghadapi sakaratul maut secara
sendirian. Beliau
menyediakan dirinya dengan segala
persiapan termasuk
mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika
sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal
untuk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika
Imam Ahmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian
mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan
kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku
zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda yang
diberikan adalah untuk menjadikan
kita umat Islam
supaya dapat bertaubat dan bersedia
dalam perjalanan
menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun
semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang
Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang
yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di
rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan
kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda
ini terbahagi kepada beberapa
keadaan :
TANDA
100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda
pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walau
bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita
akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan
berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah
kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda
ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan
masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah
mati.
TANDA
40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika
ini daun yang
tertulis nama kita akan gugur dari pokok
yang letaknya di atas
Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas
kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini
akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini
wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
TANDA 7
HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada mereka
yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak
makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk
makan.
TANDA 3
HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan
terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat
dikesan maka berpuasalah kita
selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar
lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
TANDA 1
HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah
waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan kita tidak
akan sempat untuk menemui
waktu Asar keesokan harinya.
TANDA
AKHIR
Akan berlaku keadaan
di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian
halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan
kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang
telah menghidupkan kita dan
sekarang akan
mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah
kita bertaqwa dan berdoa kepada
Allah SWT semuga kita
adalah di antara orang-orang
yang yang dipilih
oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka
terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon
keampunan samada dari Allah SWT mahupun
dari manusia sendiri
dari segala dosa dan urusan
hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun
sesuai dengan sifat Allah SWT yang
maha berkuasa lagi
pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa
tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah
dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri
ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita
bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah
dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha
kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia
mahupun akhirat.
Apa yang baik dan
benar itu datangnya dari Allah SWT
dan apa yang salah
dan silap itu adalah dari kelemahan
manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
No comments:
Post a Comment