Sunday, January 2, 2011

Menguasai Kerjaya Dan Kejayaan

Tips Untuk Minat Pada Kerja


Masalah sesetengah orang adalah, mereka mendapat kerja yang mereka tak minat, langsung tak minat bahkan membuat mereka merasa kurang bersemangat sebab tak minat.

Masalah ni banyak berlaku terutama dalam diri fresh graduate yang baru saja masuk ke alam pekerjaan dan bagi orang yang baru berpindah kerja. Jika Anda mendapat kerja yang berlainan dari minat Anda dan Anda mahu tahu cara untuk membuat Anda minat pada kerja yang langsung Anda tak minat, berikut adalah tips motivasi untuk anda. Kaji kerja tu, cari kebaikan-kebaikan yang ada di dalamnya.

Selidiki tugasan yang diberikan dengan rasa ingin tahu. Lama-kelamaan perasaan ingin tahu tu bertukar menjadi keseronokan mendalam yang amat mengasyikkan.


Tiap kali Anda melaksanakan tugasan kerja, Anda tidak akan rasa terbeban tapi rasa seronok sebab Anda mahu tahu perkara baru yang Anda akan jumpa nanti. Tiap kali bekerja, elak memikir kesusahan melaksanakan kerja.

Kaji, cari perkara-perkara baru yang Anda masih belum tahu kemudian perbaiki pengetahuan yang ada sudah pelajari dari rakan-rakan sekerja, bos, ketua mahupun dari ketua jabatan Anda.

Elak terlalu cepat berpuas hati dengan ilmu serta kemahiran kerja yang sedia ada. Elak merasa diri sudah pandai. Belajar dan latih diri menggali perkara-perkara baru mengenai jawatan Anda, tak kiralah apapun ia.
Jika Anda terus menerus melakukan hal ni, motivasi kerja Anda akan timbul secara automatik, tak perlu dicari-cari lagi. 
Ada orang jadi minat pada kerja yang dia langsung tak minat sebab dia di cabar oleh orang lain. Bukan setakat dicabar bahkan dihina,
 dicaci maki bahkan disumpat seranah.

Kemarahan yang terbit akibat dari dicaci, dihina tu bertukar menjadi motivasi yang amat kuat. Motivasi kerja camni memang power sebab kita desak diri kita bekerja kuat untuk membuktikan yang kita ni mampu untuk mencapai sesuatu pencapaian hebat.

Andai kata Anda rasa motivasi jenis gini sesuai buat diri Anda, teruskan. Saya panggil motivasi jenis camni sebagai ‘kemarahan positif‘. Kita melempiaskan kemarahan pada perbuatan positif, iaitu dengan berusaha keras membuktikan sesuatu.

Kita akan kerap berjumpa dengan orang-orang yang dengki pada kita atau memandang rendah pada keupayaan kita walaupun kita langsung tak kacau hidup dia. Orang camni kita tak boleh elak, ada kat mana-mana.
Andai Anda sedang melalui situasi yang sama dan Anda merasa tertekan sebab orang lain pandang rendah pada Anda kemudian Anda tertekan sebab Anda tak minat kerja Anda sekarang ni, tukar rasa ‘marah’ pada orang tu menjadi pendorong untuk Anda membuktikan padanya yang Anda ni pekerja rajin,bijak, produktif.

Buktikan yang Anda mampu capai apa yang orang sebelum ni tak pernah capai. Buktikan Anda boleh buat perkara yang sebelum ni orang lain langsung tak pernah buat. Bila Anda sudah berjaya membuktikan sesuatu, Anda sudah berjaya mencapai sesuatu, orang-orang sekeliling yang memandang rendah pada Anda akan jadi ‘diam’.

Ada juga yang akan terus bising, bercakap-cakap di belakang Anda. Hakikatnya, orang jenis begitu takkan pernah mencapai apa-apa kemajuan. Biarkan saja mereka. Yang penting Anda.
Anda mesti teruskan usaha mencemerlangkan diri dalam kerjaya Anda sekarang ni. Bila Anda sudah menemui faktor pendorong seperti yang saya katakan tadi, Anda akan merasa bersemangat untuk bekerja.

Bila sudah bersemangat bekerja, segala cabaran, permasalahan, dugaan dan tekanan Anda dapat lalui dengan jayanya.Jangan kisahkan omong-omongan kosong rakan yang melemahkan semangat.
Jauhi orang2 yang macam ni.


Memberi Penghargaan
Buat Diri Sendiri

Ada satu cara untuk membangkitkan motivasi kerja dalam diri Anda.
Apa dia? Memberi penghargaan buat diri sendiri.
Bila Anda berjaya menyelesaikan satu tugasan kerja dengan cukup hebat dan bagus sekali bahkan dipuji, itulah masa yang sesuai untuk Anda memberi penghargaan buat diri sendiri. Ambil masa seketika untuk melakukan hal ini.
Luangkan masa 1 minit atau 5 minit untuk memberi penghargaan buat diri Anda. Lakukan dengan membisikkan kata-kata di dalam hati khusus untuk diri anda. Misalnya:
“syabas, kau dah dapat selesaikan kerja yang bagus hari ini”. (kata-kata ditujukan buat diri sendiri)Saya panggil" Conget ekor Sendiri",Perasaan Sorang-sorang.
“good job!” (sambil tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri)
“wow! aku dapat buat kerja tadi tu ngan cukup baik!”. (kata-kata penghargaan buat diri sendiri)
“syabas! bagus kerja tadi. Aku rasa aku boleh buat dengan bagus lagi di lain kali”.
Penghargaan-penghargaan yang kecil sebegini memberi impak yang amat besar, terutama pada tahap motivasi Anda di tempat kerja.
Anda akan bersemangat melakukan kerja, bahkan merasa yakin Anda dapat melaksanakan apa saja tugasan kerja dengan cukup bagus sebab Anda dah merasai kehebatan Anda melaksanakan tugasan di masa lalu.
Minda kita ni bila kita dah melalui sesuatu, akan membuat kita merasa yakin untuk melakukan hal yang sama di lain kali, apatah lagi bila mendapat pujian dari kengkawan atau bos kita.
Kita akan bertambah-tambah yakin jadinya.


Sedia Menerima Arahan" Yes Boss"

 

Salah satu faktor penentu motivasi kerja ialah kesediaan kita menerima arahan, terutama dari boss yang lebih muda umurnya daripada kita.

Dalam sektor kerajaan, kita akan dipandang dari jawatan kita dan senioriti, kita kurang dipandang dari segi kemahiran.
Dalam sektor swasta, kita akan lebih dipandang jika kita memiliki banyak kemahiran daripada orang lain di dalam organisasi.
Teori ini tak semestinya sama dalam semua tempat kerja sektor swasta tapi dalam Penilitian, kebanyakannya begitu, terutama organisasi di dominasi bangsa Cina.
Motivasi bekerja akan lebih ampuh apabila kita bersedia menerima arahan, memproses arahan itu di fikiran, merangka strategi, menyediakan bajet ,masa kemudian bertindak melaksanakan arahan.
Kita perlu bijak menangani arahan-arahan dari bos kita terutama apabila kita menerima lebih daripada satu arahan dalam satu masa.
Usah pentingkan ego kita, pentingkan sumbangan kita pada organisasi tempat kita bekerja mencari rezeki.
Faktor Umur bukan penentu pengalaman kita lebih dari orang lain,ada orang yang lebih muda mempunyai pengalaman yang lebih banyak dan kemahiran yang lebih tinggi,jangan selalu pakai petua orang Tua-tua
"aku lebih dulu makan garam"....
Turunkan ego kita,hormati satu sama lain,jauhi sifat dengki..... insyallah organisasi kita akan kuat,
kerja akan jadi lebih mudah.


Ikhlas Untuk Bekerja



“Kalau kita kerjakan lebih daripada yang dibayarkan, akhirnya kita akan dibayar lebih daripada yang kita kerjakan”
Cuba ingat balik hukum sebab dan akibat.
Lebih banyak kita beri, lebih banyak kita akan dapat semula sebagai pulangan.
Apabila kita melakukan sesuatu lebih dari tahap yang diharapkan, lebih dari yang orang sangkakan, maka kita akan menerima ganjaran lebih banyak dari yang sepatutnya kita dapat di masa akan datang.
Syaratnya, berilah tanpa pernah mengharap untuk dibalas (sedikitpun!).
Berbuat baiklah tanpa pernah mengharap balasan, sekadar hanya mahu banyakkan memberi – memberi pertolongan, memberi idea, memberi buah fikiran, memberi sedikit kewangan, memberi sumbangan tenaga, memberi ilmu.
Apabila kita mengerjakan sesuatu tugasan lebih dari jumlah gaji yang dibayar pada kita, satu masa nanti pasti kita akan menerima pulangan lebih banyak dari gaji asal yang sepatutnya kita terima.
Janji, lebihkan memberi, lupakan menerima, cuma fokuskan usaha pada memberi.
Kata-kata motivasi kali ini ngam di aplikasikan sebagai motivasi kerja.
Bila Kita ikhlas,maka tiadalah tekanan dalam kerja kita.minda sihat,pahala pun dapat.


Fikiran mempengaruhi

kejayaan dan kegembiraan


Adakah Anda gembira dengan diri Anda sendiri dan gembira dengan apa yang Anda buat, atau Anda tertekan?
Segala apa yang berlaku disekeliling Anda sebenarnya kesan dari pengaruh fikiran Anda, sama ada happy atau tidak dengan diri Anda dan apa yang Anda sedang lakukan.
Apabila Anda kurang happy dengan kerja Anda, kesannya setiap hari pada waktu kerja ada saja perkara yang membuat Anda tambah tidak happy (tidak gembira), ada saja benda yang tak kena, ada saja perkara yang menyakitkan hati Anda. By the end of the day, Anda merasa cukup tertekan!
Apabila Anda happy dengan kerjaya Anda, kerja Anda buat main-main (tapi siap juga), Anda selalu ‘make fun of things’, Anda happy go lucky dan tenang walaupun suasana cukup sibuk, Anda akan perasan suasana kerja Anda lancar saja, jarang timbul masalah, jarang berlaku perkara tidak disangka, semuanya relaks saja. Situasi itu terjadi kesan daripada fikiran Anda yang happy (gembira, tidak tertekan, tidak merasa tertekan).
Apa yang saya nukilkan ni digarap dari pengalaman sebenar saya dan kawan-kawan di Federal Resave Unit,, moga perkongsian pengalaman ni berguna untuk Anda.
Petuanya, tertekan camanapun, sibuk camanapun cari cara camana untuk Anda ‘make fun out of it’, cari cara macamana untuk riangkan hati dan perlu berlakon, cari cara untuk Anda ketawa (tanpa perlu ketawa sebab menyembunyikan duka).
Bunyinya agak kebudak-budakan sedikit, tapi percayalah trik ini berkesan. Always make fun to have fun, jadi stress pun gone!
Sebab tu saya belum pindah tempat kerja....:




No comments:

Post a Comment